EXCLUSIVE YET AFFORDABLE PRICE OF KAIN SULAM

BATCH TERBARU KAIN SULAM

Alhamdullillah STOK TERBARU KAIN SULAM dah tiba.....panas panas !!! Material SATIN ROSELA & COTON PRADA ...kain PALING HOT ...

MENEROKA BUMI MOROCCO/SPAIN - September 2014

ALHAMDULLILLAH

Dgn izin dari NYA hasrat percutian ke Morocco/Spain menjadi kenyataan dari 12-23/9/14. Percutian Tour Highlight 2 Negara.


CASABLANCA -  FEZ - TANGIER - TARIFA - GRANADA - CORDOBA - MADRID



DAY 1 - KUALA LUMPUR - CASABLANCA 


Berkumpul di KLIA jam 12.30am utk menaiki pesawat Qatar Airways jam 3.30am...mata cukup mengantuk terkebil-kebil almaklum sepatutnya dah tidur lena dirumah. Perjalanan panjang hampir 8 jam dlm pesawat dan transit diDoha seterusnya menaiki domestic flight terus ke Casablanca selama lebih kurang 6 jam lagi....cukup meletihkan. 

Kami naik flight ni...blurr sikit sebab cuaca mendung masa tiba Doha

Ruang dalaman Airport Doha cantik besar  luasnya 


Posing je tepi Duty Free Shop tapi tak beli pun

 Luar airport

 Sampai diCasablanca, hari sudah petang, semua ahli rombongan seramai 32 orang benar-benar keletihan. Selepas solat jamak zohor/asar, dibawa sekeliling Bandar Casablanca menikmati pemandangan tepi laut. Cuaca cukup menyegarkan walaupun seharian tak mandi!!. Kami solat jamak maghrib/isyak di Masjid Al Hassan ...sebuah masjid yg cukup besar tersergam indah, dihiasi seni bina ukiran khat yg cukup cantik, halus dan berseni. Kedudukan masjid ditepi laut dgn hembusan angin malam yg sejuk nyaman.   


Cantiknya rumah Allah ini...sudah hampir waktu maghrib. Dibelakang masjid terbentang luas lautan sayup mata memandang


Luar Masjid
Ruang dalaman masjid

Menikmati suasana matahari terbenam 

Ukiran dlm masjid disegenap tiang

                            
Baru selesai solat jama'

Selesai solat, kami ke Le Poisson Restaurant menikmati hidangan makan malam makanan laut yg cukup popular diCasablanca kerana hasil ekonomi utama bandar ini ialah dari hasil lautnya.


Sempat la posing berlatarbelakang laut ....gelap sebab dah malam. Malam yg sama terus bertolak ke Morocco....aduhai penatnya tak terkata. 


DAY 2 - CASABLANCA - MOROCCO  

Morocco atau dikenali sebagai Negara Maghribi dianggap sebagai Permata Afrika Utara dikenali orang Arab sebagai tanah yang paling jauh daripada matahari terbenam. Negara ini begitu indah dan kaya dengan warisan, ia juga di gelar tempat paling eksotik di dalam dunia. Terlalu banyak untuk dilihat dan dilakukan. Bertemu dan berkenalan bersama tour guide kami semasa ketibaan dan transfer ke Hotel dan checkin jam 2.30am ....aduhai penatnya. 

Hotel istirehat kami 







   

DAY 3 - CASABLANCA - MARAKESH


Selesai sarapan pagi dihotel memulakan City Tour diMarakesh, melawat makam Sultan Ahmad Al-Mansur dan The Bahia Royal Palace. Meneruskan lawatan ke salah satu daripada bandar-bandar empayar kerajaan iaitu, Meknes, dibina sejak abad ke-11. Persekitaran Meknes 'kekal tidak berubah selama berabad-abad. Lawatan kemuncak ke Masjid Koutoubia dan Bab el-Mansour Gateway. Shopping time diZocos Djemas El Fna Square. Menikmati panorama sekitar Beni Mellal sebuah wilayah terletak dikaki gunung. Meneruskan perjalanan menuju Fez terus checkin. Ingat ya kalau melawat Morocco mesti tukar duit kematawang Dirham...RM sori mori tak terima.  

Tour Guide kami di Morocco, stop kat sini utk menukar euro kedirham. Segala urusan jual beli diMorocco menggunakan matawang dirham.

Suasana pagi yg tenang dan nyaman

Segala macam rempah ratus dipasar Marakesh 

Pintu masuk ke Bahia Royal Palace, pintu kecil tapi didalamnya cukup luas dan cantik 

Dalam istana penuh dgn ukiran cantik dan masih kekal hingga kini

Siling berukir dlm istana Bahia
Jalan menuju ke Makam 

Pekarangan makam Sultan Ahmad Al-Mansur dan kerabat

makam kerabat

DAY 4 - FEZ 

Pagi ke4 melawat sekitar Bandar Fez atau digelar Bandar Universiti, zaman kegemilangan Bandar ini tercatat sejak abad ke14 sebuah Bandar yg dibina semasa pemerintahan Dinasti Merinides dimana terdapat salah sebuah university tertua didunia. Melawat Old Medina sebuah tempat pemerosesan tembikar serta barangan kulit. Membelibelah sekitar Bab Boujloud atau dikenali juga dgn gelaran Blue Gate sebab gatenya dihiasi ukiran tembikar berwarna biru. Didalam kawasan ini mesti melalui jalan jalan lama yg sempit kerana dikiri kanan ialah deretan rumah dan kedai.  


Morocco memang terkenal dgn lampu beranika bentuk dan kelihatan antik 

Menikmati makan tghari dlm restoran cantik ini

Waiter menuang teh-o panas campur daun pudina terasa kesegarannya tapi teh-o tersgt la manis 

Cantik nya hiasan luaran restoran, dipenuhi ukiran disetiap marble   

Inilah buah oren mamalade dipekarangan restoran, kalau petik oren ni bukannya boleh makan sebab rasanya pahit !! 

Suasana dalam pasar macam pasar lambak, disini tak ada kedai/bazaar/shopping mall besar mcam negara kita semua sama macam ni saja 

Lawatan keshowroom pembuatan Algen Oil yg cukup popular diMorocco. Pekerja wanita memilih dan mengisar biji-biji algen utk diproses menjadi minyak 

Masing-masing khusuk mendengar penerangan mengenai algen oil, lepas ini semua berebut nak beli sebab algen oil mahal dinegara kita

Lambakan daun pudina dipasar macam taman pudina lak

Lawatan ke pusat pembuatan barangan kulit diperbuat dari kulit kambing. Apabila masuk kesini aduhai sayang terasa bukan semcam tapi 2-3-4 macam....pada saya baunya busuk org lain tak tak taula. Sebab itulah bila sampai pintu masuk je kami diberi daun pudina rupanya utk dicium mengelak bau busuk kulit !!   Barangnya mahal tak yah beli

Showroom ceramic...disini pun harga barang mahal walaupun direct factory outlet.  Rasanya tak berbaloi beli sebab nak bawak kehulu kehilir dgn tangan takut pecah...menyusahkan aje sekadar tengok dah memadai buat ku. 

Suasana malam di Fez

Balik kehotel....pak arab main music dilobby hotel 

Morning breakfast dihotel sebelum check out

Hiasan dalaman restoran....cantik

Ruang istiherat ala ala arabian style..boleh duduk lama2 utk discussion ke apa ke...relaxs habis

Luar hotel ready to go...tunggu bas

DAY 5 – FEZ – MEKNES - TANGIER  

Sarapan pagi dihotel n check out. Meneruskan perjalanan menuju Tangier melalui pekan kecil dipanggil Meknes. Perjalanan mengambil masa 5 jam dgn bas. 

Kebanyakan bangunan disini berwarna merah simbol keberanian menurut kepercayaan generasi keturunan rakyat Morocco  


Kawasan perumahan golongan pertengahan

Lawatan kepusat penghasilan barang-barang tembaga 

Memang cantik dan harga pun cantik tak sanggup nak beli

Cukupla sekadar posing kat periuk belanga tembaga ni 

Stop kat R&R for coffee break

All ladies only


Ini lah Buah Tin fresh from tree, clor dark purple dah cukup ranum, hijau belom masak  

Pemandangan tasek dlm perjalanan ke Tangiers

Berhenti solat jamak dimasjid ini

Lawatan ke Royal Palace di Tangiers
Kawasan perumahan bersebelahan deretan kedai masih kekal dgn seniukir kayu yg cantik


Pemandangan Old Medina...maksudnya bandar lama, di Morocco ada dua kawasan bandar iaitu Old Medina dan New Medina dan dipisahkan antara keduanya dgn binaan tembok tinggi spt dibawah ini

Tembok pemisah 

Lunch direstoran cantik ini, deco didlm macam istana raja

Menu for lunch tak de nasi tapi makan roti besar clor choc tu 

Ceiling restoran pun cantik 

2nd menu for lunch vege, carot, timun, potato dan kumus clor kuning tu makanan tradisi org Morocco rasanya seakan makan kacang dhall  

Restoran Al Frssia...bhg luar tak cantik tapi didlm wow terpegun dibuatnya

Blue Gate ...pintu masuk kepusat belibelah, macam2 didlm 

Roti berbagai size pilih je tapi kari elek...roti kosong 

Gerai pakaian...wanita Moroc suka pakai clor terang & striking
satu kelainan dari segi berpakaian berbanding wanita arab serba hitam 

                           
Sayur...terung, timun, lemon, tomato etc

Kawasan perumahan antara deretan kedai dan pasar cantik tingkap kecil berukir

Muslim Islamic Centre utk penduduk setempat sgt cantik dipenuhi ukiran disetiap bangunan. Bangsa Moroc sememangnya terkenal dgn kepandaian mengukir seni ukir halus dan ukiran spt ini masih kekal hingga kini...cuba bayangkan dah berapa lama

Tulisan seni khat  macam tulisan jawi tapi tak pandai nak terjemahkan

Sampai diTangiers hari dah malam terus checkin....keletihan seharian berjalan

Hotel Grand Mogador Tangier



Tangier sebuah bandar pelabuhan yg cantik dgn deretan rumah rumah peranginan, chalet dan hotel dipesisir pantainya. Suasana malam cukup mendamaikan. Dari Tangier kita dapat melihat Spain diseberang sana lautan sekiranya keadaan cuaca 
terang. Hotel ini membelakangi laut. 

DAY 6 - TANGIER - GIBRALTAR

Awal pagi dalam suasana hujan renyai, checkout menuju keTangier Habour utk menaiki feri menyeberangi laut keSpain.


Check out time semua nya happy & ceria morning mood

Download bag dah sampai kat jeti
  
Ticket counter

Kami naik fery ni...2 tingkat


Sampai dipekan kecil bernama Tarifa diSpain, mini bas sedia menunggu menuju utk lawatan ke St. Michael’s Cave dipuncak bukit melalui jalan berliku liku. Dari puncak bukit kelihatan pemandangan 3 negara Spain, Morocco dan United Kingdom. 

Posing dulu sebelum naik kepuncak bukit

Masjid dikaki bukit tapi kami tak solat disini sebab belum masuk waktu solat 

Pintu masuk ke St Michael Cave

Dalam gua ....cantik



Solat jamak di Gibraltar International Airport sebelum meneruskan perjalanan ke Torremolinos. Sampai dipekan ini hari dah malam terus checkin.

Menunggu utk checkin
           

DAY 7 – TORREMOLINOS - GRANADA

Sarapan pagi dihotel dan check out. Perjalanan seterusnya menuju Granada.


Baru checkout dari hotel

Tour guide kami baju kuning siap pegang bendera kecil

Berjalan kaki melalui lorong kecil berbukit antara rumah dan kedai

Background bandar Granada


Deretan kedai menjual perbagai barang, baju, carpet, cenderahati, lukisan etc

Antara restoran halal dilorong ini


kedai menjual perbagai cenderahati


Freelance dancer menarikan tarian Flamenco - Spanish Dance yg cukup terkenal diSpain

Menyaksikan persembahan tarian Flamenco percuma kalau nak tengok persembahan berbayar ...tiketnya mahal 


Deretan hotel mewah

Memulakan lawatan ke Alhambra dan Generalife Garden



Dibandar ini pertembangan budaya yang di bawa oleh orang Eurasian, Lberian, Phonetician, Roman, Arab dan Kristian telah meninggalkan kesan mendalam bagi mencorakkan budaya yang unik diGranada menjadikannya salah satu keajaiban di dunia. Granada adalah bandar terakhir yang ditadbirkan oleh Kerajaan Islam Spain (Sepanyol) dan kini penduduknya terdiri dari orang Islam, Yahudi dan Kristian.



Suasana dalaman di Alhambra Palace. 

 Alhambra Palace cukup luas dan cantik dihiasi tanaman bunga berbagai warna, terdapat Royal Palace disini dgn senibina unik dan masih kekal hingga kini.



Pemandangan dari luar dgn bangunan cukup cantik penuh seniukir nampak solid 

  
Kawasan dalam palace dihiasi tanaman hijau 


Reflection view  
Ukiran disiling istana

Latarbelakang bandar Granada
  
Pokok bunga butang clor purple pun ada, ingatkan dinegara kita je ada


Manakala Generalife Garden merupakan taman musim panas untuk Raja Nasrid Emirs. Ia dianggap sebagai salah satu daripada taman yang paling indah di dunia. Berbagai tanaman bunga, sayur dan buah2an ada disini.

                           
Pokok buah delima

Cili api kuning nampak macam bunga 

  
Posing dgn local tour guide 


  Pada sebelah petang meneruskan perjalanan ke Cordoba. Checkin hotel.


DAY 8 – GRANADA - CORDOBA 

 Pagi ini memulakan city tour diCordoba. Berjalan di sepanjang taman-taman indah Alcazar milik Raja-raja Kristian silam, melihat ukiran mosaic yang menghiasi bilik-bilik diAlcazar dan Great Mosque of Cordoba.


Salah satu mercutanda terkenal diCordoba...kawasan tarikan pelancong 

Kalau tak larat jalan kaki, boleh menyewa kereta mini self drive ini cute comel, wheelchair utk org kurang upaya pun ada utk disewa
Self drive 3 wheels car

Bahagian dalam melalui pintu gerbang besar 
Selepas melepasi pintu gerbang ini terdapat kedai yg menjual perbagai barang, restoran, cafe & bar tetapi tiada restoran halal disini

Pintu masuk kepusat jualan kraf dan restoran

Barangan hiasan diperbuat dari copper serba hijau 
  
Lepak disini break for lunch...siap bawak bekal masak kat hotel

Dah makan apa lagi ....jalan jalan sampai penat sekitar pasar lama 

Cenderahati patung penari flamenco

 Church 
                                                 


Meneruskan lawatan ke Great Mosque of Cordoba sebauh masjid yg cukup cantik dgn senibina dan ukiran unik didlmnya.  Tetapi sayangnya selepas kejatuhan pemerintahan raja Islam disini, masjid indah ini berpindah milik kepada org kristian dan sekarang dijadikan gereja....sedih sedih.   

Dalam masjid

Selepas berjaya menakluki masjid ini, bangunan struktur masjid disambung dgn binaan baru spt photo diatas, ada patung dan sebagainya utk dijadikan gereja. 

Seni ukiran masjid yg cantik dan unik masih dikekalkan hingga kini 

Tulisan khat ....tak pandai nak baca 

Jam asal hak milik masjid ini  disimpan rapi

Lambang salib disimpan dlm masjid ini

Lagi satu lambang kemegahan mereka dsimpan kerana berjaya menawan masjid ini

Nama nama akitek yg membina masjid ini dipamerkan

Cantiknya salah satu siling masjid

Menunggu bas utk pulang kehotel

Checkin here


DAY 9 – CORDOBA – TOLEDO - MADRID

Selepas sarapan pagi, checkout dan meneruskan perjalanan menuju Toledo, perjalanan yg panjang. Singgah di cafe ini nampak burger ni tapi sure tak halal dijamin 100%.


Posing merah cocacola


We are happy...amboi amboi all the ladies


All the men


Dalam perjalanan menuju Madrid, kami melawat tempat ini dipanggil Transito Sinagogue sebuah bangunan lama macam istana raja dgn tembok besar sekelilingnya.




Dari kejauhan kelihatan bangunannya terletak atas bukit 


Pintu masuk kebangunan ini 

Berjalan kaki masuk kedlm bangunan ...ternampak restoran Pension ini, rupanya dlm bangunan tersergam gah diluar manakala bhg dalamnya ada macam2, ada kedai, rumah,cafe. Kami menapak menuju kerestoran halal melalui jalan sempit dan berbukit....aduhhai penatnya.
      
Inilah restoran halal milik org Syria

Starter menu, roti, salad, keropok ...very simple 

                           
Next 2nd one kumus...mcam nasi dhall tapi bukan nasi

Lepas makan berposing dgn tour guide kami rakyat Syria sebelah kiri long hair

Luar restoran, belakang tu dulu asalnya ialah sebuah masjid kini tidak digunakan lagi

Kelihatan lorong sempit kiri kanan tapi jangan terkejut kerana kereta pun lalu disini cuma tak dibenarkan parking je



Antara kedai dan rumah amat berdekatan satu sama lain

Bila kereta melepasi jalan ini, kami terpaksa mengelak ketepi 

Antara barangan yg dijual disini perhiasan dari tembaga

Bila sampai kawasan ini...jalan lebar lega rasanya aman 

Lawatan keshowroom pedang, tombak ori tau

                            
Berbagai jenis pedang ori tu bukan tipu or replica


Meneruskan perjalanan menuju Madrid. Pemandangan dikiri kanan jalan memang cantik. Masa perjalanan lebih kurang 3jam.   




Selamat tiba diMadrid hampir petang, dari jauh kelihatan bangunan moden dan tinggi jauh berbeza dgn Morocco




Memasuki bandar Madrid menuju hotel


Checkin Holiday Inn Madrid


DAY 10 – TOLEDO - MADRID

Berada diMadrid amat menyeronokan kerana selama beberapa hari berada diMorocco seolah-olah kembali kezaman dulukala kerana diMorocco tidak ada bangunan pencakar langit yg moden dan tinggi, satu suasana pemandangan yg amat berbeza dibandingkan dgn Madrid. Bandar Madrid cukup moden, penduduknya bergaya moden seperti dibandar Eropah lain.



DAY 10 - MADRID

Selepas sarapan pagi, terus melawat sekitar bandar Madrid dan persinggahan pertama di Las Ventas Bull Ring ....tempat perlawanan lembu yg begitu terkenal didunia  

Inilah stadium perlawanan lembu 

Pintu masuk utama, masih ditutup sebab perlawanan hanya waktu malam sahaja


Info perlawanan disini
Mercutanda depan stadium

Pemandangan stadium dari jauh besar tersergam

Sisi depan stadium



Seterusnya melawat ke Stadium Santiago Bernabeu....stadium bolasepak pasukan Real Madrid. Gambar diatas ialah pengasas/jurutera stadium ini ...baru saja meninggal dunia. Semasa lawatan kesini tiada sebarang perlawanan bolasepak diadakan kerana hari ahad cuti umum. Kiranya nak masuk melawat dlm stadium, harga tiket ialah 20euro seorg..itu hanya tengok stadium belum tengok bola lagi...wow mahalnya harga bola ya.


Posing depan mini copper dekat stadium...owner park kat sini


Kaunter tiket
  
Dalam restoran lengang sebab masih awal pagi 

Deretan motorsikal berkuasa besar

Salah satu bangunan pencakar langit diMadrid

Meronda sekitar factory outlet...1jam dari Madrid

Lunch time di Restaurante AlZahra bersebelahan dgn Masjid dan juga Centro Cultural Islamic Centre of Madrid



Beriani madrid big portion sorang makan sure tak habis

Deco dalam Restoran Alzahra terletak dibasement masjid

Pe pe posing is a must

Menuruni tangga marble ini utk kerestoran...basement



Lawatan seterusnya ke Royal Palace...tu dia sikit punya besar 

Bersebelahan pintu masuk utama

Bahagian luar palace...belum masuk dlm lagi

Inilah patung Queen ...pemilik palace

Tangga naik keatas palace, hanya disini pelawat dibenarkan snap photo bila sampai keatas dan dlm palace ...NO PHOTO. Suasana dlm palace...tak boleh nak digambarkan dgn kata2  memang cantik, perabot serba mewah, deco cukup exclusive... terserlah raja mereka benar2 kayaraya. Setiap bilik deconya berlainan, tengok bilik air pun dah kagum apatah lagi bilik tidur, ruang makan yg besar, koleksi pinggan mangkuk mewah dan bla bla...tak larat nak cerita....kayanya raja mereka.
    
Bas pelancong depan palace hip hop...free

Luar palace... kedai masih belum dibuka. Dari palace kami berjalan kaki menyusuri bandar. 

Parlimen House Madrid



Fountain roundabout



Hard Rock Madrid
Bendera besar Madrid

Last day kat Madrid ready checkout

Holiday Inn Madrid


DAY 11- MADRID – KUALA LUMPUR 

Check out dan bertolak keairport, International Airport Madrid besar, gah, bertingkat tingkat melilau juga lah kami semua baca info mencari arahtuju.  Sebelum bertolak kami solat jamak disini dulu memohon restu dari NYA utk keselamatan perjalanan pulang kepangkuan keluarga masing-masing.
   
Perjalanan berakhir disini selepas menerokai bumi Morocco dan Spain membawa berbagai kenangan.



International Airport Madrid



Bro ni siap tayang Real Madrid lagi



DAY 12 - KUALA LUMPUR 

Selamat tiba diKLIA lebih kurang jam 2.30ptg...kembali berpijak ditanahair ku


 SYUKUR ALHAMDULLILLAH.  



Photo kenangan diKLIA sebelum bersurai 



" tqvm kpd yg sudi blok walking kepage ini "







  








   

3 comments:

  1. bestnya...tmpt impian Elly niii...

    alam perkenalan dari Elly...
    jemput singgah...

    DOS VITAMIN C UNTUK KULIT CANTIK, GEBUS, CERAH!!

    ReplyDelete
  2. bestnya...tmpt impian Elly niii...

    alam perkenalan dari Elly...
    jemput singgah...

    DOS VITAMIN C UNTUK KULIT CANTIK, GEBUS, CERAH!!

    ReplyDelete
  3. Salam puan. Pergi sana pkai travel agent apa? Tq

    ReplyDelete