ASSALAMUALAIKUM
Alhamdullillah dengan izin Allah sekali lagi berpeluang menjejak kaki ke Tanah Suci dari 24/12/14 hingga 4/1/15. Perjalanan ku kali ini diiringi anakanda bongsu ku Nazmi. Kami berlepas dari KLIA jam 8mlm dgn Saudi Air selama 8jam dan selamat tiba di Jeddah International Airport jam 4.10 pgi.
Dari Jeddah semua jemaah dibawa terus ke Madinah menaikki bas selama 6jam....suatu perjalanan yg jauh. Selamat tiba di Madinah terus checkin di Hotel Munawarrah Al-Noor. Berada diMadinah selama 3 hari dipenuhi dgn ibadat di Masjid Nabawi, ziarah ke Makam Rasullullah saw serta sahabat2 Baginda di Raudhah serta lawatan sekitar luar kota Madinah antaranya lawatan ke Masjid Quba...masjid pertama yg dibina oleh Rasullullah saw. Seterusnya ke Jabal Uhud dan Makam para shuhada, Masjid Qiblatain dan pasar korma. Hari terakhir berada diMadinah, kami menziarahi Makam Rasulllullah sekali lagi untuk ziarah wida'.
sedia ke bas untuk acara lawatan
depan hotel penginapan
membelakangi Jabal Uhud
anakku asyik mendengar taklimat ustaz di Jabal Uhud
menunggu ketibaan bas
Hari ke4 jemaah berlepas menaiki bas menuju Mekah Mukarammah dan singgah sebentar di Masjid Bir Ali untuk solat dan berniat ihram umrah. Sampai dikota Mekah hari sudah malam terus checkin di Hotel Zam Zam Rawabi lebih kurang 190m dari Masjidilharram. Setelah berihat sebentar dibilik, aku terus memimpin anakku untuk segera melakukan tawaf wajib umrah, bersae' serta bertahlul. Kami berdua selesai melakukan ibadat umrah pertama malam itu jam 3.30pgi. Alhamdullillah aku amat bersyukur ke hadrat Allah kerana niat dan hajatku untuk memimpin anak ku melakukan ibadat umrah berjalan lancar.
Hari berikutnya semua jemaah melakukan ibadat masing2 termasuk aku dan anakku.
Suasana disekitar masjid masih dlm proses baikpulih penambahbaikan serta pembesaran Masjidilharram. Jika tahun lepas semasa aku berada disini, gate utama iaitu Gate King Abdul Aziz masih dibuka tetapi kali ini gate ini telah ditutup bertujuan utk menaiktaraf struktur binaanya.
Walaupun keadaan masjid masih dalam proses penambahbaikkan, tetapi jemaah dari seluruh pelusuk dunia tidak putus mengunjungi, setiap kali masuk waktu solat masjid sentiasa sesak dengan para jemaah terutama hari Jumaat kerana pada hari tersebut semua warga kota Mekah dan sekitarnya akan berhimpun diMasjidilharram untuk solat Jumaat termasuk wanita.
Hari ke3 berada dibumi Mekah, semua jemaah dibawa melawat sekitar luar kota Mekah antaranya Jabal Rahmah tempat dimana berlakunya pertemuan antara Nabi Adam dan Siti Hawa, Gua Hiraq, ladang unta tetapi unta tiada lagi berkeliaran disini kerana wabak penyakit yg berlaku sebelum ini.
berada diJabal Rahmah
Jabal Rahmah atas bukit dibelakang
tiang Jabal Rahmah
Jemaah singgah di Hudaibiyyah dan melakukan solat sunat masjid serta berniat ihram bagi yg mahu melakukan umrah kali kedua.
anakku siap memakai ihram
Kembali keMekah dan segera melakukan tawaf, sae' dan bergunting untuk melepaskan ihram. Hari terakhir disini, kami diwajibkan melakukan tawaf widaq...tawaf selamat tinggal dan berdoa agar kami dipanjangkan umur serta sihat tubuh badan untuk kembali lagi kesini.
Check out dari hotel jam 8mlm menuju keairport diJeddah.
terminal haji diJeddah International Airport
jemaah mengambil bag masing2
bag dah letak atas trolley...berwatsapp la pulak
Berangkat balik jam 4.10pgi dari Jeddah dengan Saudi Air, penerbangan selama 8jam dan selamat tiba di KLIA keesokan harinya waktu petang. Alhamdullillah kami tiba dirumah jam 10.30mlm.
SYUKUR ALHAMDULLILLAH
No comments:
Post a Comment