Assalamualaikum
Aku berangkat pada 26/12/13 jam 2.30 ptg dan selamat tiba di Jeddah selepas 8 jam dlm penerbangan....alhamdullillah. Dari Jeddah selepas selesai urusan imigresen terus menaiki bas menuju Madinah perjalanan jauh selama 6 jam lagi. Selamat sampai ke Madinah dan terus checkin ke Hotel Ansara Palace. Hotel amat selesa dan luas dan aku berkongsi bilik dengan 3 rakan dari Johor Bahru. Kami masing-masing berkenalan setelah tiba diMadinah untuk checkin.
Jarak hotel dengan Masjid Nabawi lebih kurang 200 meter, dekat dan menyenangkan untuk berulang-alik kemasjid setiap waktu. Semasa tiba diMadinah, cuaca agak sejuk lebih kurang 17 celcius sahaja. Pada mulanya aku menjangkakan cuaca lebih sejuk dari ini kerana bulan Disember jadi aku bersedia dengan baju sejuk bagai.
Sepanjang 3 hari berada diMadinah, aku penuhi dengan ibadah sebanyak mungkin dan peluang yg paling aku nanti-nantikan ialah memasuki Raudhah. Walaupun dalam kepayahan dan kesesakan untuk masuk kesitu, namun dengan izinNYA aku berpeluang bersolat hampir dengan makam Rasulullah s.a.w. sebanyak 2 kali disamping makam sahabat Baginda Saiyidina Abu Bakar r.a. dan Saiyidina Umar r.a.
Suatu perasaan yg tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa bersyukurnya aku dapat bersolat, berdoa serta memohon syafaat dari Nabi besar Muhammad s.a.w. Airmata bercucuran tanpa henti, sedih, gembira, terharu teramat sangat hanya Allah yg tahu betapa kerdilnya aku di saat itu. Disaat untuk meninggalkan Raudhah, itulah saat yg paling sedih buat ku....dalam hati ku sematkan niat untuk datang menziarahi Baginda lagi tahun depan dan seterusnya selagi aku masih diberi kekuatan, kesihatan tubuh badan dari segi rohani dan jasmani.....aku berjanji akan datang lagi Ya Rasulullah aku sentiasa merindui mu.
INSYAALLAH.
Bahagian luar Masjid Nabawi, payung ini dibuka waktu solat zuhur dan asar sebab dataran diluar masjid yg terbuka dan panas disiang hari.
Pintu utama Masjid Nabawi
Bersama teman sebilik ku
Masjid Qiblatain
Jabal Uhud
Kurma oh kurma
Tumpang posing dgn kereta mewah Pak Sheikh
Siap memakai pakaian ihram serba putih hukumnya sunat sebelum berangkat ke Mekah untuk singgah dan bermiqat di Bir Ali. Sebelum berangkat semua jemaah melakukan ziarah wida dimasjid ziarah selamat tinggal kepada Baginda Rasullullah saw. Perjalanan mengambil masa 6 jam menaiki bas dan singgah di Miqat Bir Ali untuk solat sunat ihram dan seterusnya berniat ihram disini.
Menara Jam berhadapan Masjidilharam
Hotel Luluat Al Shark
Tiba diMekah sudah hampir malam terus checkin di Hotel Luluat Al Shark.
Teman bilik ku adalah teman yg sama seperti diMadinah. Selepas makan malam dan rehat, aku terus menuju ke Masjidilharam untuk melakukan tawaf rukun.
Memandangkan teman sebilik ku adalah lebih senior dari ku berumur 71-75, aku diminta oleh mereka untuk membimbing mereka melakukan umrah. Ya Allah terasa sayu hati ini kerana diberi kepercayaan oleh teman2 ku untuk membimbing mereka kerana ilmu didada ku tidak seberapa dan tidak sempurna. Aku berdoa kehadrat Allah supaya aku diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan untuk membimbing mereka. Alhamdullillah dengan limpah rahmat dariNYA, kami selesai melakukan tawaf, bersaei dan bergunting untuk keluar dari ihram. Airmata ku bercucuran tanda gembira kerana akhirnya aku selesai melakukan ibadah ini dan kami berpelukan dalam tangisan tanda syukur pada NYA.
Terima kasih Ya Allah kerana menjemput ku kerumah MU
Hari-hari berikutnya routine ibadat ku berjalan seperti biasa dari solat subuh hingga isyak, Allah permudahkan urusan ku....terima kasih Ya Allah. Selain drp melakukan tawaf wajib, aku juga mengambil kesempatan utk melakukan tawaf badal untuk arwah ayah dan ibu ku disamping tawaf sunat untuk diri sendiri.
Hari berikutnya jemaah dibawa melakukan ziarah luar spt ke Jabal Rahmah, Jabal Nur, Ladang Unta dan Masjid Hudaibiyah.
Jemaah mendaki ke Jabal Rahmah bagi yg mampu dan aku....ooooo tak berdaya
Kaki bukit Jabal Rahmah
Jabal Rahmah bewarna putih dikemuncak bukit
Pemandangan sekitar Jabal Rahmah
Ladang unta
Susu unta fresh dari ladang boleh diminum terus...sedapp!!
Pekerja sedang memerah susu
Masjid Hudaibiyah
Satu lagi kawasan untuk bermiqat dimana para jemaah boleh berniat ihram bagi yg ingin melakukan umrah lagi. Disini juga tempat berlakunya peristiwa perjanjian yg dinamakan Perjanjian Hudaibiyah diantara baginda Rasullullah dengan puak puak yg menentang baginda dizamannya. Batu dibelakang saya itu adalah antara peninggalan kota yg telah musnah, pintu masuknya masih tersergam.
Pintu masuk kekota
Selesai lawatan disiang hari dan berniat ihram, aku terus menyempurnakan tawaf diMasjidilharam, lihatlah betapa cantiknya pemandangan diluar masjid diwaktu malam terang benderang cahaya lampu.
Masjidillharam diwaktu malam
Pintu King Abdul Aziz pintu utama antara dua menara
Persekitaran masjid masih lengang jemaah belum ramai kemasjid
Pemandanga waktu pagi luar masjid...burung2 berterbangan...banyak
Kerja kerja pemasangan tempat tawaf bertingkat sedang giat dijalankan disekitar Kaabah untuk kemudahan jemaah yg menggunakan kerusi roda, pada masa aku berada disini sebahagian tingkat tawaf telahpun siap dan telah digunakan. Kaabah sudah terlindung oleh tingkat tawaf tersebut. Kelihatan skyscrappers berceracak disekitar Kaabah, pekerja bekerja 24 jam dan hanya berhenti bila azan dilaungkan.
Jemaah dari berbagai bangsa
Alhamdullillah aku selamat sampai ketanah air lebih kurang jam 3.30ptg. Insyaallah dengan izin Allah aku akan kesana lagi, setiap waktu aku memohon doa moga aku diberi kesihatan yg baik dan dapat berkunjung kesana lagi.....perkenankanlah permohonan hamba Mu ini Ya Allah.....Amin Ya Rabbal Alamin.
Bon séjour et on peux avoir plus de gestion des agences de voyages à l'aide http://logicieltourisme.fr/logiciel-agence-de-voyages/
ReplyDelete