tarikh 17-20/4/16 sekali lagi berpeluang bercuti bersama en abang ke Bali, Indonesia. Penerbangan via AA jam 5.20ptg...perjalanan mengambil masa 3jam...sampai di Bali hampir waktu maghrib, waktu Bali 1jam awal dari Malaysia.
Pak Supir bernama Kiran sedia menunggu dgn mobil beliau. Rombongan kami cuma 6org sahaja so just ngam utk mobil jenis avanza. Dari airport terus menuju rumah makan utk makan malam. Seterusnya langsung menuju ke Neo Hotel ...tempat penginapan kami sepanjang berada di Bali...lebih kurang 30min dari airport. Selesai urusan checkin, masing2 menuju kebilik utk berehat.
2nd day @ 9am...Kiran dah sedia menunggu di lobi hotel utk tour sekitar Bali. Dalam perjalanan menuju ke Nusa 2, terlebih dulu kami singgah di Monument Peringatan Bali di bom pada tahun 2004. Nama2 orang yg terkorban dlm kejadian tersebut dipamerkan di dinding peringatan ini.
pintu gerbang bertol..bhg atas berukir
linkaran highway ditengah laut
Kami sampai di Tanjong Benoa pantai peranginan yg cukup popular disini, ramai mat salleh suke pantai ini. Bermacam2 aktiviti boleh dilakukan dipantai spt berkayak, naik banana boat, island hopping, sky diving, snorkeling dll. Kami hanya melihat pengunjung dgn aktiviti mereka masing2, cuaca cukup panas walaupun masih pagi. Pak Supir Kiran bilang ...jika tidak panas bukan Bali namanya !!!...disini hujan amat berkurangan ...sentiasa panas sepanjang tahun.
Pengunjung masih tidak ramai mungkin sebab cuaca terlalu panas ramai yg berteduh bawah pondok termasuk diri ku...takut sunburn daa.
terumbu karang yg terdampar didarat menjadi keras & tajam tapi cantik !!!
tak boleh duduk atas terumbu tu sbb tajam nti tercucuk lak so posing berdiri la
Menjamu selera di Restoran Bamboo dgn masakan yg sedap tapi terlalu pedas, berair mata dibuatnya dan kos mmg mahal setaraf dgn harga spt di hotel ....terkejut bila time dapat bil tapi ape nak di kata ...bayar je le !! Disini disediakan bilik utk bersolat so kami jama' takdim zohor asar.
Next menuju ke Pantai Pandawa, jika di Malaysia pergi pantai awal pagi atau petang tapi disini tengahari buta kata org ...kami berada dipantai...aduhhh panasss panasss. Jika ku tau panas nya disini sure dah capai payung di hotel tadi. Pantai Pandawa adalah destinasi pantai terbaru di Bali spt Pantai di Tg Benoa, bermacam aktiviti ada disini. Snap photo dari dlm mobil ...tak berani nak keluar sebab cuaca terlalu panas.
sepanjang perjalanan sekitara Bali pasti terjumpa hiasan patung dll yg berukir termasuk di roundabout ni ....trademark Bali
Sebelom maghrib, kami melawat Uluwatu Temple utk melihat kesan temple yg terkenal dan terbesar di Bali...masih lagi di gunakan utk upacara sembahyang di musim tertentu sahaja, lokasiya di tepi pantai. Selain dari itu, tarian tradisional dinamakan Kecak Dance juga akan diadakan dilokasi temple ini menjelang waktu matahari terbenam.
kaunter tiket masuk ke temple
monkeys berkeliaran disepanjang jalan ke temple
pelawat diminta memakai selendang ini sebagai tanda pengenalan anda adalah pelancong
pengunjung memasuki kawasan tpt tarian Kecak Dance akan diadakan
sang mentari hampir melabuhkan tirainya
pak dukun membaca mentera sebelum tarian dimulakan
tarian baru bermula ....penari lelaki tidak berbaju...sambil berdiri dan menari mereka menyebut CAK CAK CAK itu lah digelar kecak dance
tarian bertambah rancak menjelang maghrib
Kami balik ke hotel selepas singgah makan malam
3rd day....jam 9pg ..lawatan diteruskan ke Ubud melawat kilang silver dan batik bali
mencanting batik dgn lilin panas
menenun batik secara manual spt pembuatan songket di malaysia
barang hiasan dari silver spt gelang dll
pekerja memotong silver utk dibuat barang perhiasan
Seterusnya lawatan ke Woodcarving Gallery, bilik pameran seni ukir bali
pintu masuk berukir muka patung
Woodcarving Gallery House
Dalam perjalanan menuju Kintamani, lokasi lawatan seterusnya sempat singgah di tepi jalan utk menikmati durian bali...harga murah cuma Rm6 sebiji ikut size xde kira kilo2 spt diKL...rasa isi durianya ckup sedappp hingga menjilat jari...fresh fresh
Berposing di sekitar kawasan pergunungan Kintamani, kawasan yg sejuk ..terletak ditanah tinggi berlatar belakang gunung berapi dan tasek....sungguh nyaman sekali
Gunung berapi
Tasek yg tenang
Lokasi kali ini melawat ke Coffee Garden ... terletak dlm kawasan dipenuhi tumbuhan pokok kopi, herba, bunga dll....cantik !!!
alahai dah lupa la nama buah ni
sedang mengoreng biji kopi secara manual guna kayu api
try goreng jgn xgoreng
besarnya pokok pakis ni
kopi luwak....LUWAK maknanya MUSANG ...sanggup minum boleh beli
papan tanda Coffee Garden Basanta
Passed by Tegalalang Rice Terrace ...tanaman padi bertingkat
cantik ssgt ...boleh menyusuri terace padi ini dgn bayaran
Lewat petang menjelang maghrib, pak supir bawak keliling Bali town utk shopping sebelum balik ke hotel. Waktu malam di Bali begitu happening ...ramai pelancong terutama mat salleh, koreans, africans, chinese dll. Hotel mewah berpusat di tengah kota Bali dgn deretan restoran berbagai menu ....for sure tak halal bib. Stop over jap ke Hard Rock Bali cari tshirt anak. Lokasi hard rock dekat dgn Pantai Kuta yg paling popular di Bali.
Hari terakhir di Bali, lepas sarapan pagi menuju ke Tanah Lot Temple
pemandangan laut cukup cantik
Berangkat pulang dgn AA lewat ptg ...tiba di KL dah malam ...pulang dgn membawa sweet memories (* - * )
## GOOD BYE BALI BALI ##
No comments:
Post a Comment