EXCLUSIVE YET AFFORDABLE PRICE OF KAIN SULAM

BATCH TERBARU KAIN SULAM

Alhamdullillah STOK TERBARU KAIN SULAM dah tiba.....panas panas !!! Material SATIN ROSELA & COTON PRADA ...kain PALING HOT ...

MENCARI KEBERKATAN DI 3 MASJID


MENCARI KEBERKATAN DI 3 MASJID   9-23 APRIL 2012
SATU PERJALANAN UMRAH  PENUH BERMAKNA

Bismillahhirrahmanirrahim,

Alhamdullillah dengan izin Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Mendengar rintihan hatiku utk melaksanakan ibadat Umrah dan ziarah kali ke3 tercapai dipenghujung sisa2 hidupku selepas selamat bersara.
Aku menempah pakej Umrah dan Ziarah ‘ MENCARI KEBERKATAN DI 3 MASJID’ bermaksud pakej Umrah dan Ziarah ke Jordan, Palestine, Madinah dan seterusnya ke Makkah Almukarramah meliputi Masjidilharam, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa. Seramai 30 org jemaah mengikuti pakej ini diketuai oleh Ustaz Kamal.


Sempat berposing diKLIA sebelum bertolak ke Jordan

9/4/12@ 10pm – bertolak ke Amman, Jordan dgn Jordan Air via Bangkok, sampai di Amman International Airport jam 4am.  Alhamdullillah aku bersyukur padaMU Ya Allah diberi peluang berpijak dibumi Jordan dan bersolat subuh dirumahMU.    
 
10/4/12@ 7am – breakfast direstoran dibandar Amman, makanan arab mcam2 jenis pagi2 pun dah dihidangkan dgn nasi arab, apa lgi makanlahhh.... sebab semalaman dlm flight sure  lapar.  Lepas sarapan jemaah terus dibawa melawat sekitar Amman...semua jemaah tak mandi sekadar freshup ditoilet restoran je tpi tak berpeluh sebab cuaca di Amman sejuk dan dingin...nyaman gitu.  Lawatan sekitar Amman meliputi Blue Mosque, Citadel Castle, Umayyad Palace, Archeological Museum dan Roman Amphitheater dan perkampungan pelarian rakyat Palestine. 



Dlm restoran di Amman lepas breakfast







Perkampungan pelarian rakyat Palestine di Jordan


 Meronda sekitar Amman Citadel, Jordan




 
10/4/12@ 2pm - lepas lunch n solat ziarah ke Makam Nabi Shuib, Gua Ashabul Kahfi dan Laut Mati (Dead Sea) yg begitu terkenal di Jordan krana sejarahnya. Aku perhatikan persekitaran Gua Ashabul Kahfi agak terlindung dri pandangan umum mungkin atas factor keselamatan. Hadapan gua telah dibuat pintu dan sentiasa berkunci... hanya dibuka apabila ada pelawat.  Sebuah masjid dibina berhampiran gua dan dihiasi dgn taman bunga sekitarnya.


Pintu masuk Gua Alshabul Kahfi

Dalam Gua Alshabul Kahfi


Batu yg terdpt dlm gua ini

Tangga masjid dekat gua Alshabul Kahfi




Posing dgn pelawat asing dri Arab


Menu lunch nasi arab bla bla...mcam roti nan pun ada.
 
10/4/12@ 7.30pm – checkin di Holiday Inn Hotel, lokasi hotel mengadap Laut Mati yg terbentang luas sayup mata memandang....satu pemandangan yg cantik. After dinner, badan dah lesu, longlai, shower time, solat then tidurrrr...letih sgt2.



Apa2 pun sempat lgi posing after dinner ditepi kolam Holiday Inn Hotel




Pemandangan Laut Mati dibelakang....agak jerebu early morning 

Holiday Inn 

11/4/12@ 3.30am - wakeup call for Qiamullai, solat subuh then kuliah subuh bimbingan Ustaz Kamal...alhamdullillah aku masih diberi ruang dan waktu utk bribadah padaMU Ya Allah...terima kasih Allah.

11/4/12@ 8am – lepas breakfast bertolak ke Palestine dgn bas.  Ustaz Kamal memberi peringatan kpd semua jemaah supaya banyakkan berdoa sepanjang perjalanan supaya dipermudahkan Allah untuk melepasi sempadan Jordan-Palestine. Perjalanan agak perlahan kerana terpaksa melepasi beberapa check point yg dikawal ketat oleh tentera Israel, pasport kami diperiksa. Dlm hati ini hanya Allah yg tahu perasaan bimbang tetap ada. Sepanjang perjalanan pemandangan cukup cantik, kiri kanan jalan terbentang luas gunung-ganang  ciptaan Allah dan kawasan padang pasir yg tandus.  Aku difahamkan masih ada periuk api yg masih aktif tertanam disekitar kawasan tandus ini....subhanallah.


Gunung-ganang terbentang luas sepanjang perjalanan ke Palestine
Checkpoint ade dilokasi tertentu sepanjang perjalanan ke Palestine....rasa nervous jugak !! 



Menjelang tghari, baru sampai ke Imigresen Israel, sekali lgi jemaah diingatkan supaya berhati2 dan jgn bersembang dan gelak ketawa disitu. Tentera Israel merata2 tempat dgn senjata, muka masing2 cukup serius. Aku dan semua jemaah berada di situ selama hamper 2 jam hanya tuk clear passport..penat quea lama2 tpi sabar aje lah.
Selesai urusan imigresen, dibawa melawat Old n New City of Jerusalem then lunch direstoran. Makanan cukup sedap mcam2 ada tpi desert org arab ni betul2 manis tak termakan aku takut....diebetic be!!


Lunch di Jericho Temptation Restaurant

11/4/12@ 3pm – checkin Hotel St. George di Palestine. After freshup, berkumpul dilobi menuju ke Masjid Al-Aqsa tuk solat zuhur hingga isyak.  Alhamdullillah sekali lgi aku amat bersyukur padaMU Ya Allah krana akhirnya spt mimpi aku dpt bersolat dirumah agungMU ini...Masjid Al-Aqsa...kiblat pertama umat Islam didunia.


Bahagian hadapan Masjid Al-Aqsa, Palestine

12/4/12@ 3.45am- menuju ke Masjid Al-Aqsa tuk Qiamullai, solat subuh n kuliah bimbingan Ustaz Kamal. Kami sampai awal dan pintu pertama tuk masuk kemasjid belum dibuka oleh tentera Israel yg berkawal disitu.  Masjid ini terletak dlm kawasan tembok tinggi dan setiap pintu dikawal oleh tentera Israel, masjid tidak dpt dilihat dri luar krana binaan tembok yg tinggi,  kubah saja boleh dilihat dri jauh.



Kubah warna hijau masjid Al Aqsa dari pemandangan luar tembok

Pintu masuk utama Masjid Al Aqsa

Pertemuan dgn Imam masjid Al Aqsa...Iman Sheikh Yusoff lepas solat subuh

Berada dlm bilik kuliah Imam Sheikh Yusoff berdekatan masjid 

Sheikh Yusoff memberi taklimat mengenai pengurusan masjid 

Perkuburan islam 

Papan tanda makam Nabi Daud

Makam Nabi Daud


12/4/12@ 9am- kami dibawa melawat Old Market, Ancient Roman Street, ziarahi Makam Nabi Daud, Nabi Musa dan Raba’a al Adawieh.  Sekali lgi bersolat diMasjid Al-Aqsa zuhur/asar, magrib/isyak dan balik hotel for dinner.  



Tanah perkuburan ...antaranya dikatakan sebagai Makam Nabi Musa

Pemandangan dari jauh persekitaran masjid sayup dikejauhan



Makam Nabi Sulaiman...tak dpt masuk

Persekitaran Masjid Al Aqsa sgt luas 

Kubah Masjid Al Zahra bersebelahan Masjid Al Aqsa 


13/4/12@ 3.45am (Jumaat)– menuju ke Masjid AlAqsa tuk Qiamullai, solat subuh n kuliah. Aku bersyukur pada Mu Ya Allah krana diberi peluang tuk solat Jumaat bersama lain2 jemaah dimasjid ini (dinegara Arab wanita dibenarkan solat Jumaat).


Selesai solat jumaat

Tunggu jemaah yg lain lepas solat


Membelakangi Kubah masjid Al Aqsa 

Basement Masjid Al Aqsa 

Telaga Zaitun yg telah dipagar oleh Israel dibasement masjid  


Bahagian dalam Masjid Al Aqsa 


 ATATAN PENTING: Sepanjang aku berada di Palestine, kami dibawa melawat tempat2 bersejarah spt tapak asal Masjid Al-Aqsa ( terletak dibhg bawah masjid sediada), Batu Tergantung – tpt berlakunya peristiwa Isra’ Mihraj Rasullullah s.a.w, Perigi Zaitun dlm Masjid Al-Aqsa, tpt Bura’ diikat – burung yg dinaiki Baginda Rasullullah kelangit, Dinding Menangis – tpt kaum Yahudi menangis, Masjid Saidina Umar Al Khatab, Kota Lama umat Islam sebelum dirampas oleh bangsa Yahudi dan sekarang dijadikan gereja dan klinik Yahudi. Pertemuan dgn Imam Besar Masjid Al Aqsa – Sheikh Yusoff. Kawasan sekitar Masjid Al-Aqsa sangat luas dan dihiasi tanaman buah zaiton.


Sebahagian Batu Tergantung...tidak npk tergantung lagi sbb bhg bawah batu telah disimen sebagai tapak asas Batu Tergantung 

Dinding setinggi ini lah yg melindungi Masjid Al Aqsa dari pandangan luar


Kubah Masjid Al Aqsa dari jauh


Dipekarangan luar tembok tinggi

Israel berikrar akan meletakan Symbol ini sekiranya dapat merampas Masjid Al Aqsa satu hari nanti....sungguh menyedihkan sebak dadaku 

Inilah Dinding Menangis tpt kaum Israel menangis meratap menghentak kepala mereka kedinding ini...cara mereka memohon ampun kut ??   


Senyum je le tgk gelagat mereka 






Pertemuan dgn Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Yusoff lepas solat maghrib
Kubah bulat Masjid Al-Aqsa dari luar tembok
 Kubah Masjid Al-Aqsa dari luar tembok

Laman Masjid Al-Aqsa nampak kubah tersergam
Basement tapak asal Masjid Al-Aqsa
Perigi Zaitun telah dipagar...pengaliran air zaitun dibawah tanah ini telah dicerobohi  Israel
Symbol inilah akan diletak oleh Israel sekiranya Masjid Al-Aqsa berjaya ditawan semoga Allah melindungi kesucian masjid ini dri bangsa Bani Israel ini....amin
Pekarangan Dinding Menangis tpt Yahudi berkumpul setiap Sabtu utk menghantuk kepala kedinding dan menangis!!!.....

13/4/12@ 1.30pm – check out n bertolak ke Jerico sebuah bandar lama di Palestine for lunch dan terus menuju ke sempadan Sheikh Hussien tuk masuk semula ke Amman, Jordan.

14/4/12@2.30am – berlepas ke Madinah dan solat subuh diairport then checkin di Al Haram Hotel, Madinah. Jemaah tidak dibenarkan mengambil gambar dlm Masjid Nabawi, kamera akan dirampas
sekiranya dibawa masuk kemasjid...so kalau nak selamat jgn bawa kamera!!



Diluar Masjid Nabawi lepas solat isyak...ronda2


Makam Rasullullah s.a.w terletak dibawah kubah warna hijau, kubah putih tpt Bilal melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat

15/4/12@ 4am – menuju ke Masjid Nabawi tuk solat subuh berjemaah, breakfast then meneruskan lawatan sekitar masjid dan Perkuburan Baqi’ termasuk menziarahi Makam Rasullullah s.a.w di Raudhah. Alhamdullillah aku dapat masuk ke Raudhah sebanyak 2x  w/pun jemaah  sentiasa ramai....syukur teramat sgt.

16/4/12@ 8am – dibawa melawat sekitar kota Madinah termasuk Masjid Quba’, Masjid Tujuh, Masjid Qiblaytain, Jabal Uhud dan Pasar Kurma.


Di Jabal Uhud



Pasar Kurma..busy pilih buah kurma dah tak tau nak beli mana satu byk sgt2

Bir Ali




17/4/12@ 2pm – check out n bertolak ke Makkah, solat dan bermiqat di Bir Ali. Sampai diMakkah n checkin di Olayan Al Khalel Hotel – jarak hotel l/kurang 10 minit berjalan kaki ke Masjidilharam.  Selepas makan mlm, aku terus melakukan Umrah, bersai dan bergunting bagi membolehkan aku keluar dri berihram...syukur alhamdullillah.



Kaabah di Masjidil Haram rumah Allah yg paling agong didunia


Dalam masjid


Menara jam

Luar Masjidilharam


Relaxs sebentar dgn jemaah

Membaca AlQuran


Bergambar dgn Ustaz Kamal selepas khatam Al Quran

Bersama Ustaz Kamal & isteri




Station Metro yg akan berfungsi sepenuhnya di musim haji nanti







Berihram kali ke2 dan melaksanakan umrah utk arwah ibuku.

19/4/12@ 9am – aku dan semua jemaah dibawa melawat sekitar Makkah termasuk Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina.


 20/4/12 (Jumaat) -  aku dan jemaah melaksanakan Solat Jumaat di Masjidilharam.

21/4/12@ 9am – menghadiri majlis khatam Al-Quraan bawah bimbingan Ustaz Kamal dlm Masjidilharam.


21/4/12@ 11.30pm – semua jemaah diwajibkan melakukan tawaf  Wida’ tawaf selamat tinggal sebelum meninggalkan kota Makkah. Ya Allah hati begitu sayu dan sedih untuk meninggalkan rumahMU ini, aku bertekad akan datang dan datang lagi untuk bersujud dirumahMU, kurniakanlah kesihatan yg baik supaya aku dpt datang kerumahMU ini lagi Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....amin ya rabbal alamin. 

22/4/12@ 3am – bertolak ke Jeddah Airport dan transit di Amman.

Jeddah Airport...belum busy lgi sebab awal pagi

23/4/12 – bertolak balik ke tanah air via Bangkok. Alhamdullillah selamat tiba di KLIA jam 7.30am.

CATATAN PERJALANAN UMRAH  YG PENUH BERMAKNA DLM HIDUP KU.

      

2 comments:

  1. as salam ummie...boleh tahu pakej ziarah 3 masjid ini dgn agent mana n berapa harganya...

    ena

    ReplyDelete
  2. Salam. Saya ingin bertanya travel agent mana ya? Jazakallahu khairan kathira.

    ReplyDelete